Posts

Eko Pelancongan Sepanjang Sungai Kadamaian

Image
Selain Sungai Wariu, Sungai Kadamaian juga mempunyai banyak Eko Pelancongan. Dijangkakan ekopelancongan di sepanjang Sungai Kadamaian melebihi ekopelancongan yang ada di Sungai Wariu. Tetapi, kali ini saya hanya memperlihatkan sedikit sebanyak ekopelancongan di sekitar Sungai Kadamaian. 1. Eko Pelancongan Melangkap Tiong Kota Belud (Jatuh di jalan tak seindah jatuh cinta) >_< (Lawatan Unduk Ngadau Kg Tambulion Ulu 2018) Ekopelancongan di Melangkap Tiong ini adalah salah satu ekopelancongan di Kg Melangkap. Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan adalah memberi makanan ikan. Ikan-ikan di sana pun jinak !  Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh lihat di : FB : Eko Pelancongan Kg. Melangkap Tiong  2. Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud Polumpung Melangkap Camp Site ini merupakan tempat yang amat dikenali ramai oleh kesemua pelancong. Ini kerana tempatnya yang indah dengan pemandangan Aki Nabalu setiap...

Eko Pelancongan Sepanjang Sungai Wariu

Image
Seperti yang kita tahu, Negeri Sabah telah mencecah lebihan juta pelancong datang ke Sabah. Timbalan Ketua Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, iaitu Datuk Christina Liew berkata bahawa jumlah kedatangan pelancong adalah seramai 3.789 juta pelancong pada tahun 2019. Tapi, tahukah anda bahawa daerah Kota Belud mempunyai banyak ekopelancongan? Air sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu merupakan panorama yang indah di mata setiap pelancong yang datang. Sungai Wariu dan Sungai Kadamaian merupakan sungai yang menjadi tarikan pelancong tempatan atau dari luar negeri.  Di sepanjang Sungai Wariu, terdapat beberapa ekopelancongan yang telah dibuka. Bermula dari Kampung Sayap sehingga Kampung Tambulion.  1. Aura Montoria Eko-Edu Tourism Kg Sayap Kota Belud Pengunjung boleh hiking, trekking, camping dan bermandi-manda. Tempat adalah sangat cantik!   Pakej DAY TRIP 7KM YURAN   *RM37/pax ( 7 km ) ...