Eko Pelancongan Sepanjang Sungai Wariu



Seperti yang kita tahu, Negeri Sabah telah mencecah lebihan juta pelancong datang ke Sabah. Timbalan Ketua Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, iaitu Datuk Christina Liew berkata bahawa jumlah kedatangan pelancong adalah seramai 3.789 juta pelancong pada tahun 2019.

Tapi, tahukah anda bahawa daerah Kota Belud mempunyai banyak ekopelancongan?




Air sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu merupakan panorama yang indah di mata setiap pelancong yang datang. Sungai Wariu dan Sungai Kadamaian merupakan sungai yang menjadi tarikan pelancong tempatan atau dari luar negeri. 



Di sepanjang Sungai Wariu, terdapat beberapa ekopelancongan yang telah dibuka. Bermula dari Kampung Sayap sehingga Kampung Tambulion. 



1. Aura Montoria Eko-Edu Tourism Kg Sayap Kota Belud




Pengunjung boleh hiking, trekking, camping dan bermandi-manda. Tempat adalah sangat cantik!

 Pakej DAY TRIP 7KM

YURAN 
 *RM37/pax ( 7 km )
 *RM35/pax ( 6 km )
  # 1-5pax = 1 Guide
  # 6-10pax = 2 Guide
  # 1 Guide = RM50

Bayaran Termasuk : Yuran masuk & Sijil (RM37)
Tidak termasuk :  Makanan, Porter, Insuran


MACAM MANA MAU HIKING DI AURA MONTORIA?
Buat tempahan awal sebelum datang! sebarang pertanyaan anda boleh berhubung dengan:
> Rina - 0128668075
> Sandra - 0128263588
> Mieck - 01125141044
Kamu boleh juga tengok-tengok Facebook diorang Aura Montoria Eko-Edu Tourism Kg Sayap Kota Belud Sabah



2.  EkoPelancongan Kampung Terintidon Kota Belud



Di Kampung Terintidon ini pengunjung juga boleh hiking ke Bukit Garas dan bermandi-manda.

Lepas hiking bolehlah mandi di Sungai Sisipon  

Hujung-hujung minggu boleh la datang sini!  Air pun sejuk.

Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh lihat di :
FB: Eko Pelancongan KG. Terintidon Kota Belud
IG: ekopelancongan_kg.terintidon

3. EkoPelancongan Tagal Kampung Talungan 


Perjalanan untuk ke EkoPelancongan Tagal Kampung Talungan adalah mengambil masa selama 30 minit sahaja ! sikijap kan ? Jarak dari Kota Belud adalah 15KM. Jadi, jom mandi-mandi di Talungan !

Anda ingin mencari tempat untuk beriadah bersama keluarga Dan kawan2...jom kunjungi Eko Pelancongan Tagal Kg.Talungan, mereka menyediakan tempat utk Aktiviti;
1. Perkhemahan
2. Hari keluarga
3. Retreat Dan byk lagi

Maklumat lanjut hubungi ;
0128161978 (phollo)
0136052421 (Harlina)
0178607613 (Rostinah)
0178114508 (Angie)

4. EkoPelancongan 3V Kampung Nahaba




Terletak lebih kurang 15KM dari Pekan Kota Belud. Jalan ke tempat ini ialah masuk ke simpang Gereja SDA Nahaba ( Mountain View Signboard). Semua jenis kenderaan boleh sampai.


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

i) Padis Mengisan - 017 891 3184

ii) Deren L - 017 837 9774



Tempat ini sangat popular bagi pelancong tempatan di daerah Kota belud. Tempat ini mempunyai kekreatifan yang sangat menarik dan dikelilingi oleh bunga. Jika ingin melihat suasana ekopelancongan ini dengan lebih terperinci, datanglah pada hujung minggu atau pada musim cuti sekolah.



5. EkoPelancongan Tegudon Tourism Village -TTV






Charges rate Effective on 1st January 2019
1) Entrance Fee:

~Malaysian:
Adult = RM3
Children (7-12yrs) = RM1

~Non-Malaysian:
Adult = RM7
Children (7-12yrs) = RM3

~FREE:
Children (6yrs & below)
Senior citizen
Special needs

2) Overnight Camping fee:
~Malaysian:
Adult = RM7/pax
Student (13-18yrs) = RM3/pax
( Secondary School)
Children (<12yrs) = Free

~Non-Malaysian:
Adult = RM13
Children (7-12yrs) = RM7

* These price Not including entrance fee.
3) Tent for rent:
Dual pax = Rm20
3 pax = RM30
4 pax = RM35
6 pax = RM40

4) Trekking to Wasai waterfall
12KM (Rountrip)
Level: Easy moderate
Crossing on the River
RM50/1guide
~1-5 Hikers = 1 Guide

* Not Include Insurance
5) Canopy for rent:
RM10/day
Includes:
-10 x 10 ft canopy
- 5 plastic chair
- 1 catering table (2x6ft)

6) Hut for rent:
RM15/day

*For Camping
*Check IN/OUT : 05:00pm

7) Catering service: (Upon request )

Meal package (breakfast =RM7, lunch=RM12 & dinner =RM12) - Price/pax
Local and traditional food

8) Facility:

 Electricity
Toilet
Changing room
BBQ Stand
Tap water (air paip)

NOTE:
> Trekking to Wasai waterfall and meal need to request at least 3 days in advance

For more information please call:
1. Mr. Liko +6013 6024089
2. Mr Mathew +6011 25246303
3. Mdm. Jakunis +6012 8287914

Find us on:
FB - Tegudon Tourism Village - TTV
IG - @tegudontourismvillage


Perjalanan untuk ke Tegudon Tourism Village ini tidak la begitu jauh dan hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi .




Siok kan nampak diorang main rakit? Selain rakit, kamu juga boleh sewa kayak . Sewa kayak hanya RM20/sejam. Bah jangan kasi lama, booking cepat-cepat !



6. EkoPelancongan KalangadanKu Kampung Nahaba






Eko Pelancongan Kalangadan Ku ini mempunyai jarak dekat dari Kota Belud. Pengunjung boleh bermandi-manda, camping, family day dan banyak lagi !


7. EkoPelancongan Rumalau Tourism Tengkurus -RTT





Rumalau Tourism Tengkurus ini mula dibuka pada tahum 2017. Seperti biasa , tempat ini juga merupakan tempat untuk bermandi-manda dan membuat pelbagai aktiviti.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh lihat :
FB : Eko Pelancongan ' Rumalau Tourism Tengkurus 'RTT



8. EkoPelancongan Tomodu Paradise Kampung Tambulion





Tempat ini juga merupakan tempat yang baru sahaja dibuka . Jarak antara pekan Kota Belud ini tidaklah begitu jauh dan hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke destinasi. Seperti yang terlihat dalam gambar, tempat ini juga boleh melakukan aktiviti yang sama seperti eko-eko pelancongan yang lain.


Untuk keterangan lebih lanjut boleh lihat di :
FB: Eko Pelancongan Tomodu Paradise


So, apa kamurang tunggu lagi ? Jom, melancong di kawasan sepanjang Sungai Wariu ini !

Comments

Popular posts from this blog

Eko Pelancongan Sepanjang Sungai Kadamaian

Pakaian Tradisi Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud