Eko Pelancongan Sepanjang Sungai Kadamaian

Selain Sungai Wariu, Sungai Kadamaian juga mempunyai banyak Eko Pelancongan. Dijangkakan ekopelancongan di sepanjang Sungai Kadamaian melebihi ekopelancongan yang ada di Sungai Wariu. Tetapi, kali ini saya hanya memperlihatkan sedikit sebanyak ekopelancongan di sekitar Sungai Kadamaian. 1. Eko Pelancongan Melangkap Tiong Kota Belud (Jatuh di jalan tak seindah jatuh cinta) >_< (Lawatan Unduk Ngadau Kg Tambulion Ulu 2018) Ekopelancongan di Melangkap Tiong ini adalah salah satu ekopelancongan di Kg Melangkap. Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan adalah memberi makanan ikan. Ikan-ikan di sana pun jinak ! Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh lihat di : FB : Eko Pelancongan Kg. Melangkap Tiong 2. Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud Polumpung Melangkap Camp Site ini merupakan tempat yang amat dikenali ramai oleh kesemua pelancong. Ini kerana tempatnya yang indah dengan pemandangan Aki Nabalu setiap...