Pakaian Tradisi Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud

Pakaian Tradisi Kota Belud


Suku Kaum di Sabah sememangnya banyak diperlihatkan dalam pelbagai perayaan terutama sekali dalam perayan terbesar di Sabah iaitu Pesta Kaamatan . Pesta Kaamatan atau dikenali Pesta Menuai Padi akan berlangsung pada tarikh 30-31 Mei setiap tahun. Perayaan ini dijalankan untuk menghormati "Bambazon" atau menghormati semangat padi. Dilihat dengan mata kasar, perayaan ini merupakan amalan tradisi bagi setiap suku kaum di Sabah.


Upacara Menuai Padi
(sumber : google)

" Unduk Ngadau"
(sumber : google)

Jika dilihat dalam perayaan Pesta Kaamatan ini, tentu sekali pakaian tradisi dari setiap suku kaum dusun di Sabah adalah berlainan dan unik. Secara majoriti kain yang digunakan untuk membuat baju tradisi ini adalah kain baldu hitam yang disulami dengan pelbagai corak manik. Dalam masa ini, pakaian tradisi suku kaum dusun tindal di Kota Belud menarik perhatian bagi masyarakat Sabah.



"Sinipak"

Sinipak merupakan salah satu pakaian tradisi bagi suku kaum dusun tindal di Kota Belud. Baju ini mempunyai lengan yang panjang dan dipakaikan dengan pelbagai aksesori.



Bavaria Ann (Unduk Ngadau Kota Belud 2015)
(sumber :google)

Antara aksesori yang dipakai dalam baju Sinipak ini ialah "tiupu". Tiupu yang berbentuk bulat sebenarnya tempat yang digunakan bagi nenek moyang terdahulu untuk menyimpan "tinggaton". Aksesori yang dipakai pada bahagian pinggang adalah "tinggot", "borotina", atau "betungkat". Sulaman yang berwarna-warni pula adalah "donsulug" dan pada bahagian tangan dinamakan "saring" dan "sunduk". Sunduk sebenarnya dipakai pada bahagian kepala. Pada bahagian kaki pula akan dipakaikan gelang kaki atau lebih dikenali "lungkaki".



"Rinongkitan"

Rinongkitan juga salah satu baju tradisi yang ada di daerah Kota Belud. Ia merupakan pakaian yang jarang dipakai dalam mana-mana perayaan. Tetapi, dilihat dalam cara pemakaiannya adalah lebih kemas dan tidak memakai banyak aksesori. Baju ini dipakai oleh nenek moyang terdahulu iaitu "Bobolian" untuk melakukan upacara "momurinait" atau memanggil semangat padi. Seperti yang diketahui , pakaian ini hanyalah dipakai oleh golongan tertentu pada zaman dahulu. 



Francisca Ester (Unduk Ngadau Kota Belud 2017)
(sumber : google)

Aksesori yang dipakai tidaklah begitu banyak dan hanya memakai sebahagian aksesori yang sama pada baju Sinipak. Antaranya ialah "tinggot", "donsulug", "saring", "lungkaki" dan "sunduk".




"Rinagang"

Perkataan bagi baju tradisi Rinagang ini bermula dari tuai yang telah diwarnakan dengan warna merah atau "aragang" dan kemudian tuai akan disusun dan digelungkan pada wanita-wanita pada zaman dahulu . Pemakaian Rinagang ini merupakan suatu lambang yang mengatakan status tidak berpunya atau bujang dan juga lambang kecantikan bagi setiap wanita. 






Gambar tersebut menggambarkan wanita yang berpakaian Rinagang. Pakaian ini juga memerlukan aksesori yang sabahagiannya sama dengan pakaian tradisi yang lain seperti "tinggot", "saring", "sunduk" dan "lungkaki".  Aksesori "rinangang" itu juga akan dipakai pada bahagian dada.



"Kubaya Tungkat"


 Olivva Kusmas (Miss London Qualifier BHF 2017)
(sumber: google)



Pakaian Kubaya Tungkat ini merupakan pakaian harian bagi masyarakat perempuan suku kaum dusun tindal di Kota Belud pada zaman nenek moyang kita dulu. Menurut orang-orang tua di Kampung Tempasuk Kota Belud, istilah "Kubaya Tungkat" ini diberi nama kerana bahagian belakang baju dijahit berbentuk "tungkat".

Dilihat melalui gambar, pemakaian baju Kubaya Tungkat ini tidak memerlukan aksesori yang begitu banyak. Gaun yang digunakan bersama dengan baju Kubaya Tungkat ini mempunyai beberapa jenis kain iaitu "tuwit", "asap" dan "binidang". Pemakaian "sunduk" juga dipakai pada waktu panas untuk menutupi kepala dari panas matahari dan kadang kala hanya diletakkan pada bahagian tangan atau dipegang begitu sahaja.




"Kayab"


Olivva Kusmas (Miss London Qualifier BHF 2017)
(sumber : google)

Pakaian suku kaum dusun tindal di Kampung Sayap in dinamakan sebagai "kayab". Pakaian ini dipanggil kayab kerana bahagian belakang baju tersebut berbentuk sayap. Sayap yang terdapat pada belakang baju itu bertujuan untuk mengumpul angin semasa proses pengasingan padi atau "monirih". Baju Kayab ini juga mempunyai "sunduk" dan aksesori yang sedikit.






*Pakaian tradisi bagi masyarakat suku kaum dusun tindal di daerah Kota Belud juga memperlihatkan banyak jenis pakaian dan sejarahnya yang tersendiri. Bukan sahaja di Kota Belud malah terdapat juga pelbagai pakaian tradisi yang lebih unik di daerah yang lain di Sabah.



"Ponontudukan maya rasuk koubasanan tulun dusun milo popotungkus diti tinaru koubasanan tulun Sabah hilo suang om labus pogun do Sabah"





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Eko Pelancongan Sepanjang Sungai Kadamaian

Eko Pelancongan Sepanjang Sungai Wariu